Sesungguhnya Allah yang menciptakan manusia, maka Dialah yang Maha Mengetahui apa yang baik untuk makhluk ciptaanNya.
Banyak kajian sains yang telah membuktikan makanan sunnah yang disebut dalam al Quran dan hadis Rasulullah saw. mempunyai banyak khasiat dan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia.
Allah telah memerintah kita di dalam surah al Baqarah, ayat 168 :
"Hai sekalian manusia!Makanlah olehmu makanan yang halal lagi enak yang kamu peroleh diatas bumi, dan janganlah kamu ikut langkah langkah syaitan,kerana syaitan itu seteru yang nyata bagi kamu"[tafsir ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad]
Maksudnya: Allah suruh manusia makan makanan yang halal dan enak rasanya yang tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan tubuh badan dan tidak pula merosakkan kesucian rohani ataupun menghilangkan rasa kesopanan.
Seterusnya dalam ayat 172, Allah memerintah orang orang beriman supaya makan mana -mana yang baik dari rezeki yang dianugerahkan olehNya.
Terdapat banyak lagi ayat ayat yang memerintahkan kita makan makanan yang halal dan baik untuk diri kita..tapi Apa kah makanan yang baik untuk kita? Makanan yang baik dari segi mutunya serta halal dimakan.
Nanti Kak Sal kongsi secara lebih terperinci, beberapa makanan yang baik untuk kesihatan kita yang disebut dalam al Quran..Antaranya, Buah Zaitun (Olive);Tin (Fig); Pisang (banana); Anggur (Grapes); Kurma (Dates); Delima (Pomegranates);
Nanti Kak Sal kongsi khasiat buah buah diatas,satu persatu di lain hari, ya.
Wassalam..

Makan yang baik baik
Reviewed by Kak Sal Sihat
on
December 11, 2017
Rating:
No comments: