banner image

Tips sihat semasa bersara

Alhamdulillah, Allah telah melanjutkan umur sehingga mencapai waktu bersara..

Kini Kak Sal dah 58 tahun, bersara dan masih agak sihat.. Kalau boleh solat dengan sempurna, tidak perlu duduk atau baring, di kira sihat lah.

Ramai yang kak Sal lihat di masjid, terpaksa solat duduk atas kerusi (kategori solat isyarat) kerana lutut sakit,kaki tidak boleh bengkok dan sebagainya...Maka pahala solat sudah berkurangan.

Sebab itu semasa sihat kita perlu kejar untuk beribadat sebanyak mungkin..Jangan tunggu tua baru nak beribadat.. Tua selalu diiringi dengan sakit. Dah sakit,nak beribadat pun susah. Tengah sakit, mana mungkin khusyuk?

Tips supaya sihat berpanjangan

1) Jaga pemakanan

Ramai yang fikir..."muda lagi, masa ni lah kita makan apa yang kita nak sepuas puasnya."
Apa yang kita makan sekarang, kesan nya datang kemudian..

Jadi kalau nak sihat berpanjangan.. Pilih makanan yang baik untuk tubuh kita ..seperti yang dituntut dalam alQuran:

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu. 
(Surah Al-Baqarah : 168)

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya. 
(Surah Al-Maidah : 88)


Kuantiti makanan mengikut keperluan badan masing masing..

Bab ini,Kak Sal pun silap..
Dulu makan terlebih , sebab aktiviti harian tidak memerlukan sebanyak yang kak Sal makan.
Jadi sekarang terpaksa ambil tindakan pembetulan supaya lemak berlebihan dapat disingkirkan dari tubuh.

Salah satu cara ialah menukar sarapan  daripada memakan roti putih kepada Granola /toasted Muesli  (Ini Kak Sal buat sendiri..sedaap!!!  Hehe). 

Kalau nak makan roti , makan roti whole wheat .
Selain itu, Kak Sal tambahkan makan sayur dan buah buahan, dan kurangkan nasi.

Setakat ini dulu ya..Sambung di lain masa... Semoga Allah merahmati hidup kita...Aamiin.

Tips sihat semasa bersara Tips sihat semasa bersara Reviewed by Kak Sal Sihat on March 07, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.